Pages

Saturday, June 3, 2017

5 Strategi Apabila Merasa Kusut Dalam Menyelesaikan Masalah

Menyelesaikan Masalah
Bagaimana kita boleh menyelesaikan Masalah Hidup dengan mudah? | figure.it.out by karlaHernandez
Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan berasa sangat keliru untuk membuat keputusan? Benar?
Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini.
Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut. Hasilnya, saya akan bertambah serabut.
Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar  masalah yang dirasakan.

Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut

Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda  rasa apa yang kita dapat?
– Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.
Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah tersebut.

Bersederhana

Saya mendapati perkara ini benar.
Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.
Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan. Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah yang dihadapi. Cuma bersederhana.
Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”
Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas untuk  menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga

5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah

1. Fokuskan kepada Penyelesaian

Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak  tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah.
Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.
Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?

2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif

Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.
Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan perhatian kita.
Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
Baca juga artikel ini:

3. Sentiasa berfikiran terbuka

Sangat penting!
Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian masalah.
Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.

4. Permudahkan masalah!

Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan.
Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.
Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang  mudah
Strategi ini selalunya menjadi!

5. Ubah Cara pemikiran

You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”  
Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah tersebut.
Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru. Walaupun  merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan baik

*****
Selamat menyelesaikan masalah!
Semoga cara diatas dapat membantu mempermudahkan anda menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.
Sebarang komen dan penambahan terhadap artikel diatas adalah sangat dialu-alukan =)

Memohon pertolongan Allah Apabila Kita Belum Mendapat Pengganti

Pertolongan Allah
Pertolongan Allah | Lantern of Hope by AndreeaArsene
Tertekan kerana belum mendapat pengganti?
Rasanya tidak perlu.
Mengapa perlu tertekan hanya kerana ditolak oleh si dia yang pernah kita minati?
Hadapilah perkara ini dengan wajar dan mohonlah pertolongan daripada Allah s.w.t.
Adakalanya tekanan wujud bukan kerana masalah, tetapi kerana kita belum bersedia menerima kenyataan.
Seorang muslim yang beriman, tidak perlu berasa tertekan.
Apatah lagi menjadi seakan gila disebabkan masalah seperti ini. Seolah-olah dunia menjadi sempit.
Padahal, dunia ini masih luas terbentang. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.
Bukan mahu memperkecilkan masalah.
Tetapi sering kali yang membuatkan masalah menjadi berat bukan kerana masalah itu sendiri, tetapi kerana kesilapan kita dalam menguruskan masalah itu.
Oleh itu, cukup-cukuplah kita semua dimainkan oleh perasaan sendiri.
Walaupun sudah dirawat dengan pelbagai nasihat, apabila tiada kemahuan bagi menghilangkan tekanan itu, ia tidak hilang.
Walaupun sudah membaca buku-buku berkenaan cara menguruskan stress, apabila tiada kemahuan bagi mengatasinya, tekanan pasti bertambah.
Oleh itu, semuanya terserah kepada diri masing-masing.
Apa yang perlu disemat dalam hati adalah, Allah tidak memberikan beban kepada seseorang, melebihi batas kemampuannya.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada kejahatan yang diusahakannya.
– Surah Al Baqarah, ayat 286
Lantas, mengapa ada yang menjadi seakan gila kerana cinta ditolak?
Adakah itu bererti Allah SWT memberikan beban di luar kesanggupan hamba-Nya? Adakah Allah lalai pada janji-Nya?
Beban bagi manusia ada ukuran masing-masing.
Semua masalah dan liku-liku kehidupan ini sesuai dengan kadarnya. Allah tidak pernah lalai kepada hamba-Nya.

Hanya manusia yang kurang sabar menunggu tibanya pertolongan Allah SWT.

Allah menyoal,
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
– Surah Al-Baqarah, ayat 214
Di sini, unsur keimanan memainkan peranan penting.
Bagi yang masih memiliki iman, jangan berasa tertekan. Yakin pertolongan Allah pasti datang.

Cuba perhatikan seutas tali.

Apabila sudah mencapai tahap regangan maksimum, tali itu pasti terputus.
Ini bermakna, serumit dan seberat mana pun masalah yang kita hadapi, apabila sudah mencapai pada hadnya, pertolongan pasti tiba.
Mungkin cepat, mungkin lambat. Mungkin pada waktu itu juga, atau pun mungkin ditunda.
Sama seperti doa yang kita panjatkan, semua pasti didengari Allah.
Jangankan suara kita, suara semut hitam pada tengah malam dan di atas batu hitam pun didengar oleh Allah.
Dia Maha Adil. Ada doa yang dimakbulkan pada waktu yang diminta, ada yang ditunda demi kebaikan. Ada juga doa yang tidak diterima disebabkan kekurangan syarat.
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya.
Mulakan dengan berperasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan.
Berusahalah memperbaiki diri setiap hari, teruskan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri dan jangan berhenti sehingga keperibadian kita menjadi lebih berkualiti.
 Allah lebih memahami perkara yang menjadi gelojak hati kita, melebihi diri kita sendiri.
Kepahitan bukannya untuk dikemam di dalam mulut, apatah lagi dimuntahkan. Kepahitan perlu ditelan sebagai ubat yang menyihatkan.
***
Berkongsilah pandangan dan buah fikiran anda pada bahagian komen dibawah.. =)

Taubat Yang Syaratnya Gagal Dipenuhi Oleh Kita

Taubat
Taubat
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan.”
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.
Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Taubat


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali.”
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan ‘muqorrobin’ seperti golongan para nabi itu.
Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan ‘abrar’.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: “Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a’alantu wama Anta a’alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta ‘ala kulli syai-in qadir.”
Ia bermaksud: “Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu.”


Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: “Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta.”
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi’ah Al-‘Adawiyyah berkata: “Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu.”
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.

Hijrah Ke Arah Kebaikan Itu Pengorbanan Paling Sukar !

Hijrah Ke Arah Kebaikan Itu Pengorbanan Yang Sukar, Tapi Juga Perjalanan Paling Indah Dalam Hidup Kita!

hijrah ke arah kebaikan
Adakah kita bersedia melakukan hijrah dalam hidup kita? * image by RhymeLawliet
Dalam kita berniat untuk berhijrah, kadang-kadang ada angin munafik sepoi-sepoi hadir dalam hati kita.
Bisikan-bisikan ke halwa telinga sehingga akal menerbitkan rasa ingin bertangguh dan bertangguh lagi.
Dari situ, bermulalah perdebatan antara akal yang terbatas dengan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh. Mengapa jadi begitu?
Adakah wajar kita menyalahkan ibubapa kerana kurang memberi perhatian terhadap pendidikan agama kepada kita semenjak kecil?
Tidak, itu mungkin dosa mereka.
Usah ditambah lagi belenggu dosa-dosa yang sudahpun sarat terkandung di dalam akaun pahala-dosa kita.
Mintakan sahaja ampunan bagi mereka.
Mudah-mudahan Allah mengampunkan ketelanjuran mereka.
Bangkitlah! Dengarkan tangisan jiwa yang meronta-ronta meminta kita kembali kepada Tuhan.
Usah biarkan jiwa-jiwa kita terperangkap dalam penjara nafsu dan godaan syaitan yang lemah.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah, sekalipun harus mengengsot!

Tanya pada diri dari jiwa yang paling dalam, sampai bila aku harus begini?
Sampai bila aku harus terus derhaka pada Allah yang telah menciptakan aku dari air mani yang hina? Istighfar dan menangislah.
Ingatlah bahawa sakaratul maut itu kiamat yang paling hampir dengan diri kita.
Sekujur badan, dari urat-urat kaki yang bakal menjadi kebiruan saat ajal dicabut malaikat maut yang bernama Izrail, sehingga ke urat halkum.
Itulah hakikat yang tidak boleh kita sangkal lagi, boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja! Bayangkanlah!
Berhijrahlah.
Usah ditangguh lagi. Usah tertipu lagi.
Berhentilah menyeksa batin yang meronta-ronta meminta dikembalikan kepada Tuhannya.
Indahnya berhijrah, jangan pernah mimpi untuk dapatkannya selagimana kita masih bertangguh, dan asyik bertangguh sehingga kita tertipu dengan janji palsu yang dibuat oleh diri kita sendiri!
Mulakanlah langkah untuk berhijrah kepada Allah dan RasulNya dengan hati dan jiwa yang terbuka.

Bagaimana memulakan langkah untuk berhijrah?

Memang tidak dinafikan, kebanyakan kita tidak terbimbing kerana kurangnya usaha mencari-gali ilmu.
Ilmu itu harus yang bagaimana? Beli buku yang banyak dan baca seharian sehingga naik jemu?
Tidak.
Ilmu itu tidak semestinya harus daripada buku sahaja.
Namun, jika kita perhatikan kembali, apakah perintah pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s?
Iqra’! (Bacalah!).
Itulah wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi kita, Muhammad s.a.w.
Oleh itu, kepada anda yang sedang mencari petunjuk dan bimbingan, di sini saya kongsikan apakah rahsia untuk kekal (istiqomah setelah) berhijrah.
Semoga dengan pembacaan saudara-saudari sekalian melalui penulisan yang sangat dhaif ini, serba sedikit dapat memberi dorongan dan semangat untuk anda yang masih terkapai-kapai mencari cahaya hijrah. InsyaAllah.
Sebelum memulakan langkah, berniatlah untuk berhijrah keranaNya semata-mata, bukan kerana nafsu.
Usah berkira-kira denganNya untuk memulakan langkah. Usah memilih jalan berhijrah yang didorongi hawa nafsu!
Agama itu bukan untuk dipilih-pilih yang mana satu pilihan qalbu.
Agama itu bukan selayaknya dipilih menurut hawa nafsu kita.
Bukan seperti kita memilih makanan; yang mana kita sukai, kita ambil dan jamu.. dan yang mana kita tidak sukai, kita tinggalkan atau buang sahaja.
Jangan begitu, wahai jiwa-jiwa yang meronta mencari ketenangan!

Sekarang rujuk semula rukun Islam dari nombor satu.
Rukun Islam yang pertama adalah syahadah.
Yang ini saya pasti anda sudah lulus (boleh menyebutnya dengan tepat), bukan?

Lihat pula rukun Islam yang kedua.
Bukankah solat lima waktu adalah rukun Islam yang kedua?
Rahsia untuk istiqomah setelah berhijrah itu sebenarnya cuma satu (mengikut pengalaman sendiri).
Pernah tak anda mengamalkan sesuatu (ibadah) dan meninggalkan yang lain dalam waktu yang sama?
Contohnya, berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Berpuasa, tetapi tidak menutup aurat. Banyak bersedekah, tetapi tidak menunaikan solat. Suka membaca al-Qur’an, tetapi tidak menutup aurat.
Amalan wajib dikerjakan sementara amalan yang wajib lain ditinggalkan. Atau amalan wajib ditinggalkan sementara amalan sunat digandakan.
Adakah anda antara yang seperti saya nyatakan di atas?
Jika ya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai agama yang dipilih menurut hawa nafsu.

Oleh itu, apakah satu rahsia yang saya maksudkan untuk istiqomah?

Rahsianya ialah solat lima waktu.
Jagalah solat sehingga dapat merasakan nikmat khusyuk dan kemanisan memeliharanya dalam kehidupan seharian.
Jangan pernah meninggalkannya sekalipun harus mengengsot ke tempat wudhuk kerana sifat malas yang telah menguasai diri.
Jika direnungi kembali, untuk menjaganya tidaklah sampai harus mengengsot kerana terlalu malas, bukan?
Berhentilah memperhambakan diri kepada selain Allah dengan meninggalkan solat.
Sekiranya anda meninggalkan solat ketika melaksanakan sesuatu tugasan, bermakna anda sedang memperhambakan diri kepada tugasan itu dan telah menduakan Allah!
Solat itu adalah tujuan utama Allah ciptakan kita.
Allah berfirman (yang bermaksud);
“Tidaklah Ku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” [QS. adz-Dzariyat: 56]
“dan ibadah yang paling agung di sisi Allah adalah solat!” –Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid.
Sesuai dengan ungkapan yang biasa kita dengar, ‘hijrah itu pengorbanan’.
Sekiranya tiada pengorbanan, usah bermimpi di siang hari untuk mendapatkan hasilnya yang lumayan.
Dan hasil yang lumayan itu adalah ‘istiqomah’, kemanisan iman, ketenangan, nikmat Islam dan ganjaran dari Allah di akhirat kelak.
Sebelum anda berniat untuk kekal hijrah dengan sesebuah amalan, mulakanlah dahulu dengan menjaga solat lima waktu.
Usah mulakan dengan memakai tudung terlebih dahulu, kerana dari solatlah juga aurat itu akan terpelihara dengan sempurna. Percayalah!
Dengan terjaganya solat, Allah akan terus membimbing kita ke jalan yang benar.
Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit anda akan dapat merasakan ketenangan dan dapat ‘melihat’ cahaya yang indah yang tidak akan ada lagi perkara selain Islam yang anda akan nampak lebih indah.
Kerana sesungguhnya Islam itu terlalu indah dan tiada yang lebih indah daripada nikmat Islam dan iman.
Sekiranya dengan memakai tudung dahulu langkah dimulakan, maka tidak mustahil hanya tudung sahajalah yang akan kekal, sedangkan aurat itu bukan sekadar rambut dan leher.
Sekiranya hijrah dimulakan dengan berpuasa terlebih dahulu, maka tidak mustahil hanya puasalah yang akan kekal, padahal solat lima waktu itu adalah rukun yang lebih atas daripada puasa.
Sekiranya langkah untuk mulakan hijrah dimulakan dengan membaca al-Qur’an, maka tidak mustahil hanya membaca al-Qur’an sahajalah yang akan kekal, isinya tidak diamalkan, sedangkan Kalamullah itu terkandung ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk solat.
Dan begitulah seterusnya jika kita hanya memilih untuk berhijrah yang didorongi oleh hawa nafsu.
Usah begitu, wahai jiwa-jiwa yang merintih!
Namun, bukanlah bererti saya meninggi diri dan merendah-rendahkan setiap hamba yang berusaha menjadi yang lebih baik.
Kerana boleh jadi ia baik untuk saya, tetapi tidak baik untuk anda, dan begitu juga sebaliknya.
Tidak mustahil juga jika memulakan hijrah melalui pembacaan al-Qur’an, setelah itu timbul kesedaran untuk istiqomah beramal dengan isi-isinya yang telah dibacakan.
Kerana wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah perintah membaca.
Tetapi melalui penulisan ini, saya menyeru sekalian pembaca yang memerlukan bimbingan, untuk berfikir dan muhasabahkan diri sejenak dengan apa yang telah saya kongsikan.
Sudah berapa ramai dalam kalangan kita yang terjebak dengan permasalahan agama seperti ini?
Mengambil agama apabila berasa senang dengannya, dan melupakannya apabila berasa tidak senang dengannya.
Sebab itulah saya kongsikan melalui pengalaman saya sendiri memulakan penghijrahan beberapa tahun yang lalu.
Jangan lupa jaga akhlak juga! Kerana daripada akhlaklah punca amal soleh kita diterima Allah, insyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: إنما بعثت لأتم صالح الاخلق
”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh”. (HR: Bukhari dalam sahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim).
Ayat-ayat tafsir al-Qur’an di bawah saya lampirkan sekali sebagai peringatan serta panduan untuk kita semua termasuk diri saya sendiri.
Semoga saya, dan kita semua dapat istiqomah sehingga sampainya satu saat di mana tiada lagi taubat diterima oleh Allah, iaitu ketika malaikat Izrail hadir di sisi tanpa diundang.
Amin ya rabbal a’lamin.
Wallahua’lam bisowab.
Sekian, semoga bermanfaat.
Selawat serta salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w serta kaum kerabat dan para sahabat baginda, semoga Allah merahmati mereka semua. Amin.
Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad, wa a’la alihi wasohbihi wabarik wasallim.
“Bacalah kitab (al-Qur’an) yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”[Surah al-Ankabut, ayat 45]
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dengan sia-sia (tanpa tujuan)? Dan kamu (menyangka pula) bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”[Surah al-Mu’minun, ayat 115]
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”[Surah As-Saff, ayat 2-3]
“Dan mereka berkata: ‘Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja, “Katakanlah; ‘Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjiNya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?’ (Bukan demikian), yang benar; barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”[Surah al-Baqarah, ayat 80-81]
“Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syariat yang tertentu yang (mesti) mereka amalkan, maka tidak selayaknya mereka membantah dengan engkau (wahai Muhammad) dalam urusan (syariat) ini, dan serulah (mereka) kepada Tuhanmu. Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus.”[Surah al-Hajj, ayat 67]
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman-tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”[Surah al-Hadid, ayat 20]
“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya yang kamu mampu.” [Surah at-Taghabun, ayat 16]
“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” [Surah an-Nahl, ayat 43]
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia merupakan musuh yang nyata bagi kamu.”[Surah al-Baqarah, ayat 208]
“Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”[Surah al-Baqarah, ayat 45-46]
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan (dosa) kerana kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (dosa) yang hingga apabila dating ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan seksa yang pedih.”[Surah an-Nisa’, ayat 17-18]
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kebenaran.” [Surah al-‘Asr, ayat 1-3]
***
Artikel ini ditulis oleh Fatin Farhanah Bt Repini untuk dikongsikan bersama pembaca laman ini. Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada anda.

Situs Web Kejagung RI Masih Tumbang, Dewan Pers Sudah Normal

Jakarta - Situs web Dewan Pers (www.dewanpers.co.id), Rabu (31/5/2017) dini hari, menjadi korban hacker (peretas) yang mengatasnamakan diri sebagai M2404.
Sama seperti beberapa kasus peretasan sebelumnya, si peretas telah mengubah tampilan laman muka situs web (deface) Dewan Pers menjadi berwarna hitam. Selain itu, di halaman utamanya terdapat gambar yang mirip burung garuda dan sebuah tulisan berwarna merah, yang berisi pesan mengenai kondisi Indonesia, yang menurut si peretas, tengah terpecah.
Adapun pesan dari si peretas sebagai berikut:
Ketika garuda kembali terluka karena provokasi mahkluk durjana.
Ketika semboyan "Bhineka Tunggal Ika" kembali terabaikan karena aksi okum yang mengatasnamakan agama.
Ketika ayat-ayat suci jadi bahan perdebatan oleh orang-orang yang merasa memiliki surga. Ketika perjuangan pahlawan kemerdekaan sudah dilupakan begitu saja oleh merdeka yang merasa paling berjasa.
Tolong hentikan semua perpecahan ini tuan.
Negaraku, bukan negara satu agama atau milik kelompok perusak adat budaya, juga bukan milik satu golongan.
#Damailahindonesiaku #JayalahBangsaku #Kitaindonesia
M2404 2017

Berdasarkan pantauan Tekno Liputan6.com, Rabu pada pukul 08.25 WIB, situs web Dewan Pers sudah kembali normal.
Selain Dewan Pers, laman situs Kejaksaan Agung RI juga mengalami hal serupa di waktu yang hampir bersamaan. Si peretas melakukan deface, yang memuat tagar #RipUnityInDiversity dan kalimat "We were all Indonesians until race disconnected us, religion separated us, polition divided us".
Hingga saat ini, masih belum diketahui pelaku peretasan situs web Dewan Pers dan Kejaksaan Agung RI ini. Belum bisa dipastikan pula, apakah si peretas merupakan individu atau kelompok yang sama atau bukan.



Jakarta Akan Cepat Tenggelam dengan Dicabutnya Moratorium Reklamasi

Jakarta Akan Cepat Tenggelam dengan Dicabutnya Moratorium Reklamasi Memed Sosiawan Bidang Ekuintek-LH, DPP PKS Pada tanggal 5 Oktober 2017, ...