Pages

Saturday, June 3, 2017

Memohon pertolongan Allah Apabila Kita Belum Mendapat Pengganti

Pertolongan Allah
Pertolongan Allah | Lantern of Hope by AndreeaArsene
Tertekan kerana belum mendapat pengganti?
Rasanya tidak perlu.
Mengapa perlu tertekan hanya kerana ditolak oleh si dia yang pernah kita minati?
Hadapilah perkara ini dengan wajar dan mohonlah pertolongan daripada Allah s.w.t.
Adakalanya tekanan wujud bukan kerana masalah, tetapi kerana kita belum bersedia menerima kenyataan.
Seorang muslim yang beriman, tidak perlu berasa tertekan.
Apatah lagi menjadi seakan gila disebabkan masalah seperti ini. Seolah-olah dunia menjadi sempit.
Padahal, dunia ini masih luas terbentang. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.
Bukan mahu memperkecilkan masalah.
Tetapi sering kali yang membuatkan masalah menjadi berat bukan kerana masalah itu sendiri, tetapi kerana kesilapan kita dalam menguruskan masalah itu.
Oleh itu, cukup-cukuplah kita semua dimainkan oleh perasaan sendiri.
Walaupun sudah dirawat dengan pelbagai nasihat, apabila tiada kemahuan bagi menghilangkan tekanan itu, ia tidak hilang.
Walaupun sudah membaca buku-buku berkenaan cara menguruskan stress, apabila tiada kemahuan bagi mengatasinya, tekanan pasti bertambah.
Oleh itu, semuanya terserah kepada diri masing-masing.
Apa yang perlu disemat dalam hati adalah, Allah tidak memberikan beban kepada seseorang, melebihi batas kemampuannya.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada kejahatan yang diusahakannya.
– Surah Al Baqarah, ayat 286
Lantas, mengapa ada yang menjadi seakan gila kerana cinta ditolak?
Adakah itu bererti Allah SWT memberikan beban di luar kesanggupan hamba-Nya? Adakah Allah lalai pada janji-Nya?
Beban bagi manusia ada ukuran masing-masing.
Semua masalah dan liku-liku kehidupan ini sesuai dengan kadarnya. Allah tidak pernah lalai kepada hamba-Nya.

Hanya manusia yang kurang sabar menunggu tibanya pertolongan Allah SWT.

Allah menyoal,
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
– Surah Al-Baqarah, ayat 214
Di sini, unsur keimanan memainkan peranan penting.
Bagi yang masih memiliki iman, jangan berasa tertekan. Yakin pertolongan Allah pasti datang.

Cuba perhatikan seutas tali.

Apabila sudah mencapai tahap regangan maksimum, tali itu pasti terputus.
Ini bermakna, serumit dan seberat mana pun masalah yang kita hadapi, apabila sudah mencapai pada hadnya, pertolongan pasti tiba.
Mungkin cepat, mungkin lambat. Mungkin pada waktu itu juga, atau pun mungkin ditunda.
Sama seperti doa yang kita panjatkan, semua pasti didengari Allah.
Jangankan suara kita, suara semut hitam pada tengah malam dan di atas batu hitam pun didengar oleh Allah.
Dia Maha Adil. Ada doa yang dimakbulkan pada waktu yang diminta, ada yang ditunda demi kebaikan. Ada juga doa yang tidak diterima disebabkan kekurangan syarat.
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya.
Mulakan dengan berperasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan.
Berusahalah memperbaiki diri setiap hari, teruskan memperbaiki kekurangan yang ada pada diri dan jangan berhenti sehingga keperibadian kita menjadi lebih berkualiti.
 Allah lebih memahami perkara yang menjadi gelojak hati kita, melebihi diri kita sendiri.
Kepahitan bukannya untuk dikemam di dalam mulut, apatah lagi dimuntahkan. Kepahitan perlu ditelan sebagai ubat yang menyihatkan.
***
Berkongsilah pandangan dan buah fikiran anda pada bahagian komen dibawah.. =)

0 comments:

Post a Comment

Jakarta Akan Cepat Tenggelam dengan Dicabutnya Moratorium Reklamasi

Jakarta Akan Cepat Tenggelam dengan Dicabutnya Moratorium Reklamasi Memed Sosiawan Bidang Ekuintek-LH, DPP PKS Pada tanggal 5 Oktober 2017, ...